October 2021 | ORINICE #gadget_header{ margin:10px 0; padding:1%; width:100%;}

22 October 2021




Baca Untuk Faham

   AIkisah dahulu ada seorang ayah yang bekerja ke luar negara. Isteri dan anak-anaknya tidak dibawa bersama.Selepas beberapa tempoh, dia menghantar surat pertama kepada anak-anaknya. 

   Mereka mencium surat tersebut dan berkata, 'Ini pemberian berharga daripada ayah!' 

   Namun mereka langsung tidak membuka surat itu untuk membacanya. Kemudian surat itu disimpan di dalam kotak khas, dan dijaga rapi agar tidak terkena habuk. Demikian juga surat-surat seterusnya.

    Beberapa tahun kemudian, si ayah pulang ke rumah.

   Namun beliau pelik melihat hanya seorang anaknya yang tinggal di rumah. 

Ayah: Mana ibu?

Anak: Ibu sudah tiada. Ibu sakit tetapi kami tidak ada wang untuk mengubati ibu. 

Ayah: Eh, ayah kan sudah beritahu tentang duit yang ayah kirimkan dalam surat pertama. Kamu tidak bacakah? Mana abang kamu? 

Anak: Dia terikut-ikut kawan-kawannya yang nakal. Sudah lama dia tidak pulang. 

Ayah: Dia tidak bacakah surat yang ayah kirim? Ayah memang nasihatkan kamu cari kawan yang betul.

Anak: Kami tidak baca. Kami tengok, cium dan simpan baik-baik surat-surat ayah. 

Ayah: La haw la wa la quwwata illa billah!

Kisah ini sebagai misalan sahaja. Demikianlah nasib kita jika kita tidak membaca al-Quran. Baca untuk faham, bukan sekadar tatap dan sayang sahaja. 

Ya Allah, rezekikan kami kemahuan dan kemampuan untuk membaca surat-surat-Mu. Rezekikan kami juga kemahuan dan kemampuan untuk mengamalkan pesanan-pesanan yang Engkau titipkan dalam surat-surat-Mu. 

Wallahu a'lam.

# Petikan dari buku Al Quran yang Belum kita Baca#

UPDATE BISKUT RAYA 2022 SEMUA AVAILABLE

Cappucino Brownish Tart Nenas Biskut Gajus American Cookies Marble Cookies Biskut Makmur Ezores Cookies Peanut Butter Semprit Idaman Suci Da...

 

ORINICE Template by Ipietoon Cute Blog Design