July 2019 | ORINICE #gadget_header{ margin:10px 0; padding:1%; width:100%;}

20 July 2019

PENGENALAN




Cabaran dan tekanan yang dihadapi oleh masyarakat di Malaysia, khususnya masyarakat Islam dalam menghadapi masaalah sosioekonomi yang timbul daripada pergolakan politik perdagangan serantau menunjukkan pentingnya bidang perniagaan dalam melahirkan golongan usahawan Islam yang tulen dan mampu berdaya saing. Selaras dengan tuntutan junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W yang merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan disegani oleh sekelian kaum. Menyeru umatnya mencari 9/10 daripada sumber rezeki di dunia ini yang datangnya daripada sumber perniagaan

   Maka dengan itu, berbekalkan pengetahuan sedia ada dengan menjalankan bisnes kecil-kecilan Puan Siti Fatonah binti Sukani telah menubuhkan sebuah perniagaan yang lebih tertumpa pada aktiviti pengeluaran produk makanan seperti biskut dan lain-lain berdasarkan minat serta penelitian yang tinggi, malah beliau dengan berani menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan lebih usahawan bumiputra pada masa akan datang. Perniagaan ini lebih dikenali dengan CTS COOKIES telah memulakan operasi sekitar 2000 dan didaftarkan pada tahun 2005. Aktiviti yang bermula di rumah secara kecil-kecilan dengan dibantu 5 orang pekerja dan memasarkan produk dari rumah ke rumah sekadar mencari pendapatan sampingan telah menjadi penggalak untuk memajukan lagi CTS COOKIES ke arah yang lebih besar.

kilang cts production sdn bhd
   Setelah 10 tahun beroperasi dengan menyewa dua unit bangunan kedai di Parit 7 Sg Leman, Alhamdulillah beliau telah berpindah ke bangunan kilang sendiri di Parit 7 Ban 1 Sg Leman untuk memenuhi permintaan dari pasaraya Mydin, The Store, Felda ,Halal, Matahari dan peruncit serta pemborong terutama pada musim perayaan yang semakin meningkat. Dan pada tahun 2019 beliau telah menukar taraf status menjadi CTS PRODUCTION SDN BHD. Lokasi yang menjadi pilihan CTS PRODUCTION SDN BHD beroperasi adalah di Parit 7 Sg Leman 45400 Sekinchan, Selangor.

UPDATE BISKUT RAYA 2022 SEMUA AVAILABLE

Cappucino Brownish Tart Nenas Biskut Gajus American Cookies Marble Cookies Biskut Makmur Ezores Cookies Peanut Butter Semprit Idaman Suci Da...

 

ORINICE Template by Ipietoon Cute Blog Design