Cabaran dan tekanan yang dihadapi oleh masyarakat di Malaysia,
khususnya masyarakat Islam dalam menghadapi masaalah sosioekonomi yang timbul daripada pergolakan politik perdagangan serantau menunjukkan pentingnya bidang
perniagaan dalam melahirkan golongan usahawan Islam yang tulen dan mampu berdaya saing. Selaras dengan tuntutan junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W yang merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan disegani oleh sekelian kaum. Menyeru umatnya mencari 9/10 daripada sumber rezeki di dunia ini yang datangnya
daripada sumber perniagaan
Maka
dengan itu, berbekalkan pengetahuan sedia ada dengan menjalankan bisnes
kecil-kecilan Puan Siti Fatonah binti Sukani telah menubuhkan sebuah perniagaan
yang lebih tertumpa pada aktiviti pengeluaran produk makanan seperti biskut dan
lain-lain berdasarkan minat serta penelitian yang tinggi, malah beliau dengan
berani menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan lebih usahawan bumiputra pada
masa akan datang. Perniagaan ini lebih dikenali dengan CTS
COOKIES telah memulakan operasi sekitar 2000 dan didaftarkan pada tahun 2005.
Aktiviti yang bermula di rumah secara kecil-kecilan dengan dibantu 5 orang
pekerja dan memasarkan produk dari rumah ke rumah sekadar mencari pendapatan
sampingan telah menjadi penggalak untuk memajukan lagi CTS COOKIES ke arah yang
lebih besar.
![]() |
kilang cts production sdn bhd |
Setelah 10 tahun beroperasi dengan
menyewa dua unit bangunan kedai di Parit 7 Sg Leman, Alhamdulillah beliau telah
berpindah ke bangunan kilang sendiri di Parit 7 Ban 1 Sg Leman untuk memenuhi
permintaan dari pasaraya Mydin, The Store, Felda ,Halal, Matahari dan peruncit
serta pemborong terutama pada musim perayaan yang semakin meningkat. Dan pada
tahun 2019 beliau telah menukar taraf status menjadi CTS PRODUCTION SDN BHD. Lokasi
yang menjadi pilihan CTS PRODUCTION SDN BHD beroperasi adalah di Parit 7 Sg
Leman 45400 Sekinchan, Selangor.
0 comments:
Post a Comment
Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE & SHARE ya.
Jangan lupa follow blog ini <3
Terima kasih sudi datang sini :))